Saturday, May 26, 2012

mojo - andai ku bercinta lagi



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati





Friday, May 25, 2012

hey,you!

salam.

hai lagi.

ape jadah lak sampai dua entri satu hari?

hahaha... xdak keje  laen.

sebenaqnya (eh? cakap kedah? ), jadi tetibe menulis entri ni, adelah sebab nak menyatakan dan meluahkan kerinduan yang teramat terhadap insan-insan yang bergelar kawan baik :)

hehehe....

siapekah mereke? oh,ramai.

tapi yang paling dekat dihati dan bila ketiadaannya disisi amat dirasai adelah mereka-mereka yang dibawah ini :)


ini name dye ain :) dye skang kat mesir.


ini ain,sya, n izzati. besties saye sampai skang :) i miss you three so much :)



ini.haha. budak sengal.
dari kiri : zuhairi,jay,saya,aseng,firdaus.
zuhairi dengan jay sekarang kat medan,indonesia.
aseng di sabah,kerja.
firdaus di utara malaysia,kerja.

semua yang dalam gambar kat atas ni,saya rindui sekarang. semua ni best friend saya :)

saya doakan walau dimana pun anda berada,semoga berada dalam keadaan yang tiptop dan terpelihara dari sebarang perkara yang tidak baik. 

jaga diri ok.

jaga makan.

ade ape-ape hal,jangan lupa bagitahu.

3 ayat di atas adelah ayat pesanan stended kepada besties saya. dan ia akan kekal begitu :)

sayang anda semua :)



betul ke salah?

salam.

hi dan selamat malam.

bertemu lagi kita di episod kali ini.

haha. maap. rasa macam tak seperti diri sendiri malam ini.

why? entah.

ok.

apa yang nak di bebelkan malam ni yek? hurm... wait, let me think... 

( zzzz....... eh? )

AHHAH!
 ( konon wat macam ade idea,padahal memang nak tulis pasal ni pun,hahaha...deng betul :p)

tadi while driving, dengar sorang DJ ni mention something like this, 
 " kalau kita sayangkan seseorang tu,kite kene lepaskan dia untuk kebaikan kedua-dua pihak,".

soalan saya, betul ke macam tu?

betul ke kalau kite sayang sumone tu kite kene lepaskan dia ? 

kenapa saya tanya?

sebab ada orang cakap, " kalau kita betul-betul sayangkan seseorang tu, kite takkan lepaskan dia walau ape pun keadaan,".

hah,ape cite?

yang mane satu betul ni?

to be honest, aku dah penah try kedua-dua situasi di atas.

in the end, it all comes to one thing, I ENDED UP LONELY.

but please do not misunderstood, i am not #foreveralone.

hahaha...

moral of the story,
(x pepasal dah sampai conclusion,hahaha....)

stand for what you believe in. if your heart says that you should stay and never let go, then don't let go. but if it's better to let go, then just open your heart, smile, and let everything go. it all comes back to you. there's nothing wrong with holding on, just make sure that you're holding on to something that is worth the wait and worth holding on to.

and, there's nothing wrong with making bad decisions in life. that's how we learn about life. by making mistakes.

 NORMAL PEOPLE MAKE MISTAKES. PERFECT PEOPLE ARE ABNORMAL.


" cinta itu fitrah manusia. menafikan cinta, itu bangang namanya. "






Thursday, May 24, 2012

feminine dan saya?

salam.

topik hari ini.

"FEMININ".

homai. 

ape masalah ngan isu feminin ni pun,aku seniri xtaw. (temenung jap....)

kenapa dan bagaimana boleh timbul isu feminin ni? ape kejadahnye semua ini ( style Edisi Khas dolu2 )?

semuanya sebab adik aku mention isu basikal fixi dalam kete tadi,on the way balik rumah dari shopping groceries dekat ECM. adik aku bagitau yang jiran sebelah rumah lama dulu nk jual fixi dye, n dye nak jual murah je. dalam 300 hengget camtu. best buy la kirenye,sebab mase dye beli dulu dekat 900 hengget gak (anak orang kaye,nak mende,sume beli terus.dah x pakai,x balik modal pon xkesah.. ) . And then adik aku pun cakap,kalau bagitau abang aku,mesti dye nak,sebab fixi jiran aku ni bukan yang cikai2 nyer,mmg semat la. then aku cakap, " kalau cik (panggilan abang aku kat umah) beli,tinggal kat rumah,itu logic.kat KL tu time bile dye nak mengayuh nye? keje je siang malam,".,then suddenly...

umi : kau nak kayuh fixi tu?
aku : haah,kenape lak? ok ape? baik untuk kesihatan kan.
umi : tertonggeng2 naik basikal gitu?
aku : alaa.ape nak care.nak sihat.
umi : cube laa jadi feminin sikit. ini tak, brutal kemain. dah la anak pompuan sorang je. aku ni nak jugak tengok anak aku jadi feminin.
aku : hahahaha ( gelak cover line.) kene dah malam ni. (monolog aku sendirian dalam hati)
abah : tah nye. awak tu dah la ank pompuan sorang. cuba la jadi feminin sikit,ni tak. brutal betul.nak kenalkan kat engineer tempat aku pun,aku takut. bukan takut mende,takut diorang takut kat ngko.
aku : deng. (macam kene libas ngan kain pelikat kat muka)

begitu la sedikit sebanyak cerita isu feminin yang dibangkitkan oleh mak ngan ayah aku sebentar tadi.

suddenly,aku terfikir. teruk sangat ke tahap feminin aku ni?

adekah aku langsung tidak ade sifat feminin dalam jiwa dan hati sanubari ni? ( tu dya baq ang. kluaq dah ayat jiwang.ha,x feminin lagi ke gini? )

jujur.

xkan la aku sendiri tak perasan ape yang berlaku pada diri sendiri kan? tipu la kalo aku kate tak. nampak sangat membongak secara terang lagi bersuluh dibawah matahari terik tengahari pukul doblas tengahari. haaa kau...

ye,memang aku perasan yang aku ni KASAR sikit ( sikit ke? aku sendiri pon rase kasar aku ni banyak kuantitinye.hahaha.. masalah personaliti kah ini? ). mungkin ada yang akan tanye soklan yang agak bengap2 ayam israel,iaitu " kau ni kasar macam mane? ce eksplen sikit. " , tapi xdak hal.dengan jiwa yang penuh dengan rasa keinsafan sebab dah nak tiba bulan ramadan ni (eh?), aku akan listkan sedikit sebanyak sifat kasar yang aku rase aku nampak pada diri aku sendiri.

ehem.

mari kita mulakan.

1) kasar dalam berkata-kata

-ini sangat obvious. sesape yang dekat ngan aku,yang betul2 kenal aku,akan tahu yang ini boleh kate bukan aku la kalo cakap lembut2,ayu cam ayu raudhah, mahupun "are you sleeping?" yang aku tahu memang takde kaitan dengan isu ini (eh?)

2) kasar dalam tindakan

-kalo gurau2, mungkin aku bleh angkat penumbuk kat orang. ok. ini cuma dengan mereka yang betul2 kenal,dan mereka yang rapat sahaja,dengan strangers or yang tidak dikenali dengan rapat dan yang seangkatan dengannya, diharap agar dapat menadah tangan dan mengucap syukur kepada Tuhan,( eh?),kenapa? sebab aku xkan tegur orang yang aku tak kenal.hahaha.

3) kasar time bergurau

-kalau bergurau dengan adik aku yang bongsu, tendang2 dan pukul2 adelah perkara normal sampai mak aku bising sokmo.blebe hanyar.(haha.) and, begitu juga kepada mereka yang rapat dengan aku.contoh paling obvious adelah AIN. kami selalu tidur sekatil (katil bujang) and kongsi bantal n slimut (kami x buat2 mende pelik,cuma tido.sila jangan pikir yang bukan2.siku kang,ape pon tadek.haha), dan kadang2 suka men tolak2 sampai jatuh katil.haha. orang kedua yang paling obvious adelah J SUFRI. setakat kene tepuk dahi,kene lepuk2,itu normal.barangkali dia pun dah lame x merasa kene lepuk ngan aku,mungkin dia merinduinya.( eh? sila jangan pikir yang bukan2. dia besfren saya.titik.)

4) kasar buat kerja

-yang ni mungkin di approve oleh mak aku la.aku tak rase pon aku kasar kalo buat kerja.(haha..bajet ayu...). why? coz kalau pinggan tu berlaga2 dalam sinki,bukan salah aku pun.aku cuma basuh pinggan ( normal la kalo basuh pinggan kan? ke salah? )

5) aku sniri tak tau.hahaha...

kesimpulan daripada cerita ini adelah...

deng, kasar sangat ke aku  ni. bila tanya orang2 sekeliling ( kawan2 rapat ), diorang cakap "xdeklah,ok je.aku lagi kasar daripade kau,".hah.pulak dah. kasar lagi ke aku ni? ok,mungkin tak ayu, tapi kasar sangat,takkan lah kot... kan? kan? 

adekah ini sebab aku menyingle sampai skarang? maap,aku sniri pon x dapat nak jawab soalan yang diajukan oleh diri sniri (eh? gile? ).

haha.

mungkin kali ini,entri ini harus ditamatkan setakat ini sahaja.bimbang akan berlaku penulisan yang diluar jangkauan dan diluar kredibility diri sendri ... ok,lawak hambar.abaikan,

maka,habis kat sini.

kbye.

haha :P

Tuesday, May 22, 2012

sarang bi :)

okeh :)

ini bukan movie,tapi! drama korea.

kihkihkih..annoyed tak? hahaha... hader aku kesah? sape suh tak minat k-pop?



ok.jujur.

lelaki ini antara sebab mengapa saya beriya2 follow drama " SARANG BI "  or known as " LOVE RAIN ". 

his heroin pulak adalah YOONA SNSD.

now.

saat untuk berlaku jujur.

dalam banyak2 cite korea, cite ni paling berjaya la wat aku menitiskan air mata,x banyak,sikit je.

tapi.

itu bermaksud aku ni masih de pasaan lagi laa kan?

sebab all this while,after all that happened in the past, aku dapati aku ade satu masalah.

AKU DAH TAK BOLEH NAK MENANGIS KALAU ISUNYA LELAKI YANG AKU SAYANG.
paling2 sakit pun,aku sakit hati,and aku buat mende lain,macam layan pasaan,dengar lagu jiwang,tido. nangis? 

IMPOSSIBLE.

ok2.berbalik pada tujuan asal entri ini ditulis.

LOVE RAIN ni ade 20 episode, dan ketika artikel ni ditulis, dekat dramacrazy.net pun baru sampai episode 16 yg dah ade subtitle. dekat korea mggu depan dah episode 18.

kire cepat jugak laa kan...boleh laa tahan...

cerita cinta 2 zaman.

zaman 70-an.

episod cinta tak kesampaian kerana banyak sangat halangan antara In-Ha dan YoonHee, hingga mereka akhirnya bawa haluan masing2,walau apa pun terjadi, cinta itu masih kukuh dalam hati.

zaman sekarang. 

Joon,jurukamera dengan wajah yang ohsem dan berpengaruh sebab mak dia ada syarikat besar.

Hana, seorang gadis kecik molek yg sgt suka tumbuh2an. selalu tolong ibunya jadi gardener.

berbeza personaliti, dari pergaduhan demi pergaduhan,akhirnya hati Joon yang tak percayakan cinta, dicairkan oleh Hana.

kisah cinta In-Ha dan YoonHee bertaut kembali.tapi macam mana dengan Joon dan Hana? ape yang menjadi  penghalang hubungan cinta mereka?

hahaha....

 itu orang panggil rahsia.

nak tahu,tengok sniri,

kihkihkih :P

selamat menonton :)



JATUH CINTA?

Hai peeps... 

Hohoho...gile kentang...

da bersawang blog ni sejak dua menjak aku malas nak mengetuk papan keyboard yang tak berape sedap nak ketuk tu. homai... 

 Okay...

surely ade reason kenapa aku tetibe lama tinggal blog ni and suddenly muncul balik dengan intro post yang agak bajet comel walopon tak comel langsung,kan? Haha... Betul2..memang ade reason kenapa aku kembali mengetuk keyboard yang agak kurang best nih. First, sebab aku nak bagi adik kesayangan aku yang dikejauhan,yang selalu melara dirinya (lara sangat,aku siku kang,baru tau), ain ,yang salu dok rindu kat aku kat mesir sana tu,and secondly sebab aku sendiri pun rasa eksaited tak hengat nak share entri kali ni dengan mereka2 yang EGO dalam diri tu punyala tebal,kekadang wat aku rasa nak tarik rambut dye selai2 sampai dye botak.

haha.

 Entri kali ni aku copy paste daripada Brader LepLep punye nukilan dalam "Kitab Terfaktab" vol.1. Tajuk nye, "JATUH CINTA".



 Semua makhluk TUHAN yang mempunyai perasaan,kompem akan pernah merasa jatuh cinta. Cuma bezanya jatuh cinta berbalas atau jatuh cinta sorang-sorang je. Jadi, apa kejadahnya jatuh cinta ni? jatuh cinta ni rasa dia macam mana? manis macam gula-gula kapas ke? pahit macam peria ke? atau rasa dia sebijik macam rasa cokelat Hacks?

bagi gua jatuh cinta ialah perasaan paling indah yang mampu dimiliki oleh seorang lelaki atau makwe yang sudah akil baligh. ramai orang bertanya pada gua. macam mana nak tahu yang kita sedang jatuh cinta? ok.sebab gua ni baik, gua kongsikan beberapa petanda yang lu orang sedang jatuh cinta mengikut perspektif gua.

 1) memang takde muka orang lain dah yang terbayang kat kepala otak lu orang melainkan orang yang sedang
     lu orang jatuh cinta.

2) tengah makan pikir pasal dia,tengah tengok tivi pikir pasal dia, tengah drive pikir pasal dia, sampaikan  
    kadng-kadang tinag letrik tu pun lu nampak maam dia.

3) mana yang jatuh cinta melalui sms memang takkan berenggang dengan henset. mana yang jatuh cinta melalui 
    facebook memang tak boleh berpisah dengan laptop. mana yang jatuh cinta melalui tempat kerja pulak 
    memang hari-hari datang kerja walaupun dulu masa dia tak jatuh cinta lagi, ofismate pun sampai tak ingat
    nama sebab jarang sangat datang kerja.

4) Lu buat sesuatu yang lu jarang atau tak pernah lakukan semata-mata nak tarik perhatian dia. contohnya
    kalau sebelum ni lu tak pernah sikat rambut, lepas jatuh cinta, dan dan terus pergi beli sikat.

5) jeles. yes, bila lu jatuh cinta dengan seseorang, lu akan mudah jeles bila tengok dia rapat dengan lain. ada
    yang teruk tu, tengok makwe yang dia jatuh cinta like status facebook orang lain pun dia bantai jeles.

6) Kuat termenung. Kah Kah Kah. Yang ini gua boleh jamin, kompem time tengah angau dengan 
    siapa-siapa, lu kuat betei termenung. tengok bulan termenung, tengok pokok termenung, tengok jalan   termenung, sebelum tidur tu berkelip-kelip biji mata termenung pandang siling kan kan?

7) Orang yang lu jatuh cinta akan jadi sempurna gila gila pada mata lu, dan apa sahaja perbuatannya lu akan
    benarkan.Bila dia buat lawak serupa lawak Amir I'm Sorry pun lu akan bantai ketawa. dia menyanyi       
    serupa katak pun lu kata macam buluh perindu, dia punya cerita kemain bosan pun lu akan fokus je.

8) sebenarnya ada bersepah lagi tanda-tanda jatuh cinta, kalau gua nak tulis semua memang boleh buat satu 
    buku lain pulak. (yes,gua malas nak tulis sebenarnye)

ada yang sedar dia sedang jatuh cinta, ada yang tidak sedar dia sedang jatuh cinta dan ada jugak oang yang buat-buat tak sedar yang dia sedang jatuh cinta. gua harap lu bukan golongan yang malu nak mengaku pada diri sendiri yang lu sedang jatuh cinta. BANGANG NAMANYA TU.

tapi macam mana pulak nak tahu yang kita betei-betei jatuh cinta secara true dan solid dan bukannya main-main je jatuh cinta? benda macam ini kita kena pandai-pandai jawab sendiri sebab jatuh cinta ni subjektif. Jatuh cinta ni punyalah subjektif sampaikan tak pernah ada skema jawapan bagi cinta. Mata pelajaran cinta pun tak pernah wujud kerana betapa eksklusifnya cinta itu. Kalau tiba-tiba satu hari lu orang dengar ada orang wujudkan sekolah cinta, kasitau gua cepat-cepat, gua nak lipat atas belakang orang tu.

gua cuma harap semua orang boleh jatuh cinta secara ikhlas dan bukannya jatuh cinta sebab dipaksa-paksa atau jatuh cinta sebab terpaksa. Bila lu jatuh cinta pada seseorang yang kaya,lu jatuh cinta pada duitnya, bila lu jatuh cinta pada seseorang yang cantik, lu jatuh cinta pada rupanya. Bila lu jatuh cinta pada seseorang yang glamer, lu jatuh cinta pada pengaruhnya. Tapi bila lu jatuh cinta pada seseorang yang entah siapa-siapa, yang muka dia lari betei dari taste lu, yang perangai dia puaka, itu ertinya lu jatuh cinta pada hatinya.

paling celaka bila lu putus cinta pukul 10 pagi, pukul 2 petang hari yang sama lu dah jatuh cinta pada orang yang lain.ini bukan jatuh cinta,ini JATUH GILA! gua pernah kasitau pada makwe bersayap, kalau gua jatuh cinta sebab rupa, gua boleh pilih ramai yang lagi cantik daripada dia. Kalau gua jatuh cinta sebab perangainya, gua boleh pilih ramai yang lagi baik daripada dia. gua cuma jatuh cinta pada dia sebab hati gua rasa perlu jatuh cinta pada dia.

bagaimana cara pun lu jatuh cinta, lu kena buat satu perkara yang paling penting iaitu meluahkan cinta. Jatuh cinta tanpa meluahkan cinta ni boleh dianggap kerja tak masuk akal. Jangan nak gila sangat, bila dah sedar lu sedang jatuh cinta,cepat-cepat luahkan perasaan lu.kalau berjaya,bagus. Tapi kalau kene rejek jangan kecewa macam celaka. sembuh cepat-cepat dan cuba jatuh cinta lagi!

Gua jatuh cinta ni dah macam makan nasik, dah selalu sangat orang kabor. Tapi nasib baiklah sejak tujuh lapan bulan ni gua jatuh cinta pada makwe yang sama. Keh Keh Keh.

Bila lu bersedia demam untuk dirinya,

Bila inbox lu hanya dipenuhi dengan sms dia,

Bila keburukannya lu butakan,

BIla kebaikannya lu hebahkan,

Bila lu sanggup pindah dari Perlis ke Johor semata-mata nak dekat dengan dia,

Bila lu fikirkan dirinya sebelum tidur,

LU SEDANG JATUH CINTA.