Tuesday, May 22, 2012

JATUH CINTA?

Hai peeps... 

Hohoho...gile kentang...

da bersawang blog ni sejak dua menjak aku malas nak mengetuk papan keyboard yang tak berape sedap nak ketuk tu. homai... 

 Okay...

surely ade reason kenapa aku tetibe lama tinggal blog ni and suddenly muncul balik dengan intro post yang agak bajet comel walopon tak comel langsung,kan? Haha... Betul2..memang ade reason kenapa aku kembali mengetuk keyboard yang agak kurang best nih. First, sebab aku nak bagi adik kesayangan aku yang dikejauhan,yang selalu melara dirinya (lara sangat,aku siku kang,baru tau), ain ,yang salu dok rindu kat aku kat mesir sana tu,and secondly sebab aku sendiri pun rasa eksaited tak hengat nak share entri kali ni dengan mereka2 yang EGO dalam diri tu punyala tebal,kekadang wat aku rasa nak tarik rambut dye selai2 sampai dye botak.

haha.

 Entri kali ni aku copy paste daripada Brader LepLep punye nukilan dalam "Kitab Terfaktab" vol.1. Tajuk nye, "JATUH CINTA".



 Semua makhluk TUHAN yang mempunyai perasaan,kompem akan pernah merasa jatuh cinta. Cuma bezanya jatuh cinta berbalas atau jatuh cinta sorang-sorang je. Jadi, apa kejadahnya jatuh cinta ni? jatuh cinta ni rasa dia macam mana? manis macam gula-gula kapas ke? pahit macam peria ke? atau rasa dia sebijik macam rasa cokelat Hacks?

bagi gua jatuh cinta ialah perasaan paling indah yang mampu dimiliki oleh seorang lelaki atau makwe yang sudah akil baligh. ramai orang bertanya pada gua. macam mana nak tahu yang kita sedang jatuh cinta? ok.sebab gua ni baik, gua kongsikan beberapa petanda yang lu orang sedang jatuh cinta mengikut perspektif gua.

 1) memang takde muka orang lain dah yang terbayang kat kepala otak lu orang melainkan orang yang sedang
     lu orang jatuh cinta.

2) tengah makan pikir pasal dia,tengah tengok tivi pikir pasal dia, tengah drive pikir pasal dia, sampaikan  
    kadng-kadang tinag letrik tu pun lu nampak maam dia.

3) mana yang jatuh cinta melalui sms memang takkan berenggang dengan henset. mana yang jatuh cinta melalui 
    facebook memang tak boleh berpisah dengan laptop. mana yang jatuh cinta melalui tempat kerja pulak 
    memang hari-hari datang kerja walaupun dulu masa dia tak jatuh cinta lagi, ofismate pun sampai tak ingat
    nama sebab jarang sangat datang kerja.

4) Lu buat sesuatu yang lu jarang atau tak pernah lakukan semata-mata nak tarik perhatian dia. contohnya
    kalau sebelum ni lu tak pernah sikat rambut, lepas jatuh cinta, dan dan terus pergi beli sikat.

5) jeles. yes, bila lu jatuh cinta dengan seseorang, lu akan mudah jeles bila tengok dia rapat dengan lain. ada
    yang teruk tu, tengok makwe yang dia jatuh cinta like status facebook orang lain pun dia bantai jeles.

6) Kuat termenung. Kah Kah Kah. Yang ini gua boleh jamin, kompem time tengah angau dengan 
    siapa-siapa, lu kuat betei termenung. tengok bulan termenung, tengok pokok termenung, tengok jalan   termenung, sebelum tidur tu berkelip-kelip biji mata termenung pandang siling kan kan?

7) Orang yang lu jatuh cinta akan jadi sempurna gila gila pada mata lu, dan apa sahaja perbuatannya lu akan
    benarkan.Bila dia buat lawak serupa lawak Amir I'm Sorry pun lu akan bantai ketawa. dia menyanyi       
    serupa katak pun lu kata macam buluh perindu, dia punya cerita kemain bosan pun lu akan fokus je.

8) sebenarnya ada bersepah lagi tanda-tanda jatuh cinta, kalau gua nak tulis semua memang boleh buat satu 
    buku lain pulak. (yes,gua malas nak tulis sebenarnye)

ada yang sedar dia sedang jatuh cinta, ada yang tidak sedar dia sedang jatuh cinta dan ada jugak oang yang buat-buat tak sedar yang dia sedang jatuh cinta. gua harap lu bukan golongan yang malu nak mengaku pada diri sendiri yang lu sedang jatuh cinta. BANGANG NAMANYA TU.

tapi macam mana pulak nak tahu yang kita betei-betei jatuh cinta secara true dan solid dan bukannya main-main je jatuh cinta? benda macam ini kita kena pandai-pandai jawab sendiri sebab jatuh cinta ni subjektif. Jatuh cinta ni punyalah subjektif sampaikan tak pernah ada skema jawapan bagi cinta. Mata pelajaran cinta pun tak pernah wujud kerana betapa eksklusifnya cinta itu. Kalau tiba-tiba satu hari lu orang dengar ada orang wujudkan sekolah cinta, kasitau gua cepat-cepat, gua nak lipat atas belakang orang tu.

gua cuma harap semua orang boleh jatuh cinta secara ikhlas dan bukannya jatuh cinta sebab dipaksa-paksa atau jatuh cinta sebab terpaksa. Bila lu jatuh cinta pada seseorang yang kaya,lu jatuh cinta pada duitnya, bila lu jatuh cinta pada seseorang yang cantik, lu jatuh cinta pada rupanya. Bila lu jatuh cinta pada seseorang yang glamer, lu jatuh cinta pada pengaruhnya. Tapi bila lu jatuh cinta pada seseorang yang entah siapa-siapa, yang muka dia lari betei dari taste lu, yang perangai dia puaka, itu ertinya lu jatuh cinta pada hatinya.

paling celaka bila lu putus cinta pukul 10 pagi, pukul 2 petang hari yang sama lu dah jatuh cinta pada orang yang lain.ini bukan jatuh cinta,ini JATUH GILA! gua pernah kasitau pada makwe bersayap, kalau gua jatuh cinta sebab rupa, gua boleh pilih ramai yang lagi cantik daripada dia. Kalau gua jatuh cinta sebab perangainya, gua boleh pilih ramai yang lagi baik daripada dia. gua cuma jatuh cinta pada dia sebab hati gua rasa perlu jatuh cinta pada dia.

bagaimana cara pun lu jatuh cinta, lu kena buat satu perkara yang paling penting iaitu meluahkan cinta. Jatuh cinta tanpa meluahkan cinta ni boleh dianggap kerja tak masuk akal. Jangan nak gila sangat, bila dah sedar lu sedang jatuh cinta,cepat-cepat luahkan perasaan lu.kalau berjaya,bagus. Tapi kalau kene rejek jangan kecewa macam celaka. sembuh cepat-cepat dan cuba jatuh cinta lagi!

Gua jatuh cinta ni dah macam makan nasik, dah selalu sangat orang kabor. Tapi nasib baiklah sejak tujuh lapan bulan ni gua jatuh cinta pada makwe yang sama. Keh Keh Keh.

Bila lu bersedia demam untuk dirinya,

Bila inbox lu hanya dipenuhi dengan sms dia,

Bila keburukannya lu butakan,

BIla kebaikannya lu hebahkan,

Bila lu sanggup pindah dari Perlis ke Johor semata-mata nak dekat dengan dia,

Bila lu fikirkan dirinya sebelum tidur,

LU SEDANG JATUH CINTA.


1 comment: