Thursday, May 24, 2012

feminine dan saya?

salam.

topik hari ini.

"FEMININ".

homai. 

ape masalah ngan isu feminin ni pun,aku seniri xtaw. (temenung jap....)

kenapa dan bagaimana boleh timbul isu feminin ni? ape kejadahnye semua ini ( style Edisi Khas dolu2 )?

semuanya sebab adik aku mention isu basikal fixi dalam kete tadi,on the way balik rumah dari shopping groceries dekat ECM. adik aku bagitau yang jiran sebelah rumah lama dulu nk jual fixi dye, n dye nak jual murah je. dalam 300 hengget camtu. best buy la kirenye,sebab mase dye beli dulu dekat 900 hengget gak (anak orang kaye,nak mende,sume beli terus.dah x pakai,x balik modal pon xkesah.. ) . And then adik aku pun cakap,kalau bagitau abang aku,mesti dye nak,sebab fixi jiran aku ni bukan yang cikai2 nyer,mmg semat la. then aku cakap, " kalau cik (panggilan abang aku kat umah) beli,tinggal kat rumah,itu logic.kat KL tu time bile dye nak mengayuh nye? keje je siang malam,".,then suddenly...

umi : kau nak kayuh fixi tu?
aku : haah,kenape lak? ok ape? baik untuk kesihatan kan.
umi : tertonggeng2 naik basikal gitu?
aku : alaa.ape nak care.nak sihat.
umi : cube laa jadi feminin sikit. ini tak, brutal kemain. dah la anak pompuan sorang je. aku ni nak jugak tengok anak aku jadi feminin.
aku : hahahaha ( gelak cover line.) kene dah malam ni. (monolog aku sendirian dalam hati)
abah : tah nye. awak tu dah la ank pompuan sorang. cuba la jadi feminin sikit,ni tak. brutal betul.nak kenalkan kat engineer tempat aku pun,aku takut. bukan takut mende,takut diorang takut kat ngko.
aku : deng. (macam kene libas ngan kain pelikat kat muka)

begitu la sedikit sebanyak cerita isu feminin yang dibangkitkan oleh mak ngan ayah aku sebentar tadi.

suddenly,aku terfikir. teruk sangat ke tahap feminin aku ni?

adekah aku langsung tidak ade sifat feminin dalam jiwa dan hati sanubari ni? ( tu dya baq ang. kluaq dah ayat jiwang.ha,x feminin lagi ke gini? )

jujur.

xkan la aku sendiri tak perasan ape yang berlaku pada diri sendiri kan? tipu la kalo aku kate tak. nampak sangat membongak secara terang lagi bersuluh dibawah matahari terik tengahari pukul doblas tengahari. haaa kau...

ye,memang aku perasan yang aku ni KASAR sikit ( sikit ke? aku sendiri pon rase kasar aku ni banyak kuantitinye.hahaha.. masalah personaliti kah ini? ). mungkin ada yang akan tanye soklan yang agak bengap2 ayam israel,iaitu " kau ni kasar macam mane? ce eksplen sikit. " , tapi xdak hal.dengan jiwa yang penuh dengan rasa keinsafan sebab dah nak tiba bulan ramadan ni (eh?), aku akan listkan sedikit sebanyak sifat kasar yang aku rase aku nampak pada diri aku sendiri.

ehem.

mari kita mulakan.

1) kasar dalam berkata-kata

-ini sangat obvious. sesape yang dekat ngan aku,yang betul2 kenal aku,akan tahu yang ini boleh kate bukan aku la kalo cakap lembut2,ayu cam ayu raudhah, mahupun "are you sleeping?" yang aku tahu memang takde kaitan dengan isu ini (eh?)

2) kasar dalam tindakan

-kalo gurau2, mungkin aku bleh angkat penumbuk kat orang. ok. ini cuma dengan mereka yang betul2 kenal,dan mereka yang rapat sahaja,dengan strangers or yang tidak dikenali dengan rapat dan yang seangkatan dengannya, diharap agar dapat menadah tangan dan mengucap syukur kepada Tuhan,( eh?),kenapa? sebab aku xkan tegur orang yang aku tak kenal.hahaha.

3) kasar time bergurau

-kalau bergurau dengan adik aku yang bongsu, tendang2 dan pukul2 adelah perkara normal sampai mak aku bising sokmo.blebe hanyar.(haha.) and, begitu juga kepada mereka yang rapat dengan aku.contoh paling obvious adelah AIN. kami selalu tidur sekatil (katil bujang) and kongsi bantal n slimut (kami x buat2 mende pelik,cuma tido.sila jangan pikir yang bukan2.siku kang,ape pon tadek.haha), dan kadang2 suka men tolak2 sampai jatuh katil.haha. orang kedua yang paling obvious adelah J SUFRI. setakat kene tepuk dahi,kene lepuk2,itu normal.barangkali dia pun dah lame x merasa kene lepuk ngan aku,mungkin dia merinduinya.( eh? sila jangan pikir yang bukan2. dia besfren saya.titik.)

4) kasar buat kerja

-yang ni mungkin di approve oleh mak aku la.aku tak rase pon aku kasar kalo buat kerja.(haha..bajet ayu...). why? coz kalau pinggan tu berlaga2 dalam sinki,bukan salah aku pun.aku cuma basuh pinggan ( normal la kalo basuh pinggan kan? ke salah? )

5) aku sniri tak tau.hahaha...

kesimpulan daripada cerita ini adelah...

deng, kasar sangat ke aku  ni. bila tanya orang2 sekeliling ( kawan2 rapat ), diorang cakap "xdeklah,ok je.aku lagi kasar daripade kau,".hah.pulak dah. kasar lagi ke aku ni? ok,mungkin tak ayu, tapi kasar sangat,takkan lah kot... kan? kan? 

adekah ini sebab aku menyingle sampai skarang? maap,aku sniri pon x dapat nak jawab soalan yang diajukan oleh diri sniri (eh? gile? ).

haha.

mungkin kali ini,entri ini harus ditamatkan setakat ini sahaja.bimbang akan berlaku penulisan yang diluar jangkauan dan diluar kredibility diri sendri ... ok,lawak hambar.abaikan,

maka,habis kat sini.

kbye.

haha :P

No comments:

Post a Comment